Thursday, January 28, 2010

Images @ KLWMBC 2009

Kuala Lumpur World Marching Band Competition 2009 (KLWMBC)...pertandingan yg dilahir dan diuruskan oleh Present Malaysia Productions Sdn. Bhd. ..syarikat tempatan yg ditubuhkan khas utk adakan pertandingan ini….yg juga menjadi pemegang berdaftar logo juga harta intelektual KLWMBC.


Kesemua rakan pengasas syarikat terdiri dr peminat @ ahli pancaragam sendiri. Sehingga lahirnya KLWMBC, tkde pertandingan pancaragam perbarisan antarabangsa yg diadakan di Malaysia. Mereka merasakan sudah tiba waktu Malaysia mempunyai satu pertandingan yg besar dan cukup gah utk menarik pancaragam2 ternama dunia utk datang.

Selain drpd acara tahunan KLWMBC, syarikat ini juga aktif membangunkan pancaragam2 perbarisan di Malaysia seperti melatih dan menaiktarafkan persembahan pancaragam sekolah2 tempatan.

Saya tk lepaskan peluang utk menjadikan acara ini salah satu agenda cuti sekolah anak2 saya. Percuma pulak tu...anak2 pun tk sabar2...maklumlah boring cuti lama2 kalau tkde program...Kami berkunjung ke Stadium Bolasepak KL di Bdr Tun Razak pd 17 Dec 2009..pusingan pertama...mlm tu ada 5 pasukan membuat persembahan...sgt menarik...














....wakil dr Malaysia antaranya SM Victoria (KL) & SM Sultanah Asma (Alor Setar)

...hadiah2 yg ditawarkan kepada pemenang2 pertandingan ini...

Keseluruhan:

• Johan : Tropi Pertandingan dan USD10,000   • Kedua : Tropi dan USD5,000 • Ketiga : Tropi dan USD2,500


Band Tempatan:

• Johan : Tropi dan USD5,000 • Kedua : Tropi dan USD3,000 • Ketiga : Tropi dan USD1,500


Junior Bands:
- dimana pemain2nya berumur krg drp 16 tahun
semasa pertandingan

• Johan : Tropi Pertandingan • Kedua dan Ketiga : Tropi












































Friday, January 22, 2010

Bot @ Tasik Kenyir

Tasik Kenyir...sebuah tasik yang terletak di hulu Sungai Kenyir, Terengganu. Ia merupakan tasik terbesar yang pernah dibina oleh manusia di Asia Tenggara. Digunakan sebagai penjana kuasa elektrik...ianya seluas 2,600 km persegi (mungkin sebesar Singapura) & mempunyai 340 pulau kecil.


Semenjak kewujudan empangan di sini, kawasan sekitarnya seperti Kuala Berang mula terkenal dikalangan pelancung dalam dan luar negeri. Tasik ini sangat popular semenjak kewujudannya. Ia siap dibina pada 1988. Saya berpeluang ke tasik ini hanya pada Aug 2008.
Dan ternyata aktiviti paling menarik di tasik ini ialah menaiki bot laju...pengangkutan utama di sini...udara yg nyaman dan tiupan angin yg segar tentunya satu kebebasan dari bandaraya yg diselubungi asap/jerebu....mmg mengasyikkan....




...jeti Lake Kenyir Resort & Spa


...kedalaman tasik ini dikhabarkan sehingga sedalam 150 meter (465 kaki)


...ketenangan air melancarkan perjalanan bot laju




...servis teksi air juga ada...lebih tenang dan senang utk mengambil gambar







....terdapat beberapa pengusaha chalet/rumah tumpangan di sekitar tasik ini



....juga disediakan kayak/canoe bagi pengunjung Lake Kenyir Resort & Spaa:
 
nota: gambar2 diambil dgn Nikon Coolpix 5600

Saturday, January 16, 2010

Images @ Pantai Cahaya Bulan, Kelantan

Pantai Cahaya Bulan... salah satu pantai yg terkenal di negeri Kelantan. Ia terletak lbh kurang 10km dari Kota Bharu .....juga menjadi pantai pendaratan tentera Jepun semasa menyerang British pada 8 Disember 1941. Dulunya dinamakan Pantai Cinta Berahi, nama yg dikatakan diberi oleh seorang askar British pd zaman Perang Dunia II. Diceritakan askar tersebut telah menderita kerana cinta yg tk berbalas. Masih ada penduduk tempatan yg menggunakan nama lama ini ttp lebih suka merujuk sebagai PCB.



Persisiran pantainya sejauh 1.2 kilometer....terkenal kerana pantai yg panjang dan lebar (suatu masa dulu )...dgn pasir yang putih dan laut yg jernih. Deretan pokok ru dan kelapa menambahkan kecantikan pantai ini. Dgn itu, PCB telah menjadi tempat perkelahan yang popular di kalangan pelancung & penduduk tempatan, khususnya pd hujung minggu & cuti sekolah. PCB lengkap dgn kemudahan utk pengunjung, terdpt hotel, chalet, kawasan perkhemahan, kedai makan dan gerai, juga tandas awam.


Cuma yg terbaru, PCB mengalami hakisan yg teruk....pantainya makin sempit dan lautnya tk sesuai utk mandi-manda...tetapi suasana pantai ini mmg nyaman....





...bg pengunjung yg suka main layang2...byk design & warna yg ditawarkan dgn harga yg berpatutan...impot @ hasil buatan anak tempatan....