Showing posts with label Festival. Show all posts
Showing posts with label Festival. Show all posts

Thursday, January 28, 2010

Images @ KLWMBC 2009

Kuala Lumpur World Marching Band Competition 2009 (KLWMBC)...pertandingan yg dilahir dan diuruskan oleh Present Malaysia Productions Sdn. Bhd. ..syarikat tempatan yg ditubuhkan khas utk adakan pertandingan ini….yg juga menjadi pemegang berdaftar logo juga harta intelektual KLWMBC.


Kesemua rakan pengasas syarikat terdiri dr peminat @ ahli pancaragam sendiri. Sehingga lahirnya KLWMBC, tkde pertandingan pancaragam perbarisan antarabangsa yg diadakan di Malaysia. Mereka merasakan sudah tiba waktu Malaysia mempunyai satu pertandingan yg besar dan cukup gah utk menarik pancaragam2 ternama dunia utk datang.

Selain drpd acara tahunan KLWMBC, syarikat ini juga aktif membangunkan pancaragam2 perbarisan di Malaysia seperti melatih dan menaiktarafkan persembahan pancaragam sekolah2 tempatan.

Saya tk lepaskan peluang utk menjadikan acara ini salah satu agenda cuti sekolah anak2 saya. Percuma pulak tu...anak2 pun tk sabar2...maklumlah boring cuti lama2 kalau tkde program...Kami berkunjung ke Stadium Bolasepak KL di Bdr Tun Razak pd 17 Dec 2009..pusingan pertama...mlm tu ada 5 pasukan membuat persembahan...sgt menarik...














....wakil dr Malaysia antaranya SM Victoria (KL) & SM Sultanah Asma (Alor Setar)

...hadiah2 yg ditawarkan kepada pemenang2 pertandingan ini...

Keseluruhan:

• Johan : Tropi Pertandingan dan USD10,000   • Kedua : Tropi dan USD5,000 • Ketiga : Tropi dan USD2,500


Band Tempatan:

• Johan : Tropi dan USD5,000 • Kedua : Tropi dan USD3,000 • Ketiga : Tropi dan USD1,500


Junior Bands:
- dimana pemain2nya berumur krg drp 16 tahun
semasa pertandingan

• Johan : Tropi Pertandingan • Kedua dan Ketiga : Tropi












































Thursday, December 3, 2009

Duit Raya



Duit raya...tak taulah saya ini budaya Cina ke @ tak...mungkin org Melayu pun dh lama berbudaya memberi ni...mungkin dulu2 bukan duit lah..lastik ke...layang2 ke...dll.

Teringat zaman saya budak2 dulu...hari raya puasa mmg sentiasa ditunggu2...bukan hanya untuk makan2, bukan hanya pakai baju baru...tetapi paling seronok dapat duit raya. Kalau dibuat perbandingan dgn anak2 skrg, jauh berbeza. Masa saya kecik...era 1970an, kutipan duit raya mmg sikit, maklumlah, mungkin disebabkan kuasa ekonomi org Melayu pada zaman tu tk sehebat sekarang. Seingat saya....hhmmm...paling bnyk dapat..RM11. Hepi sakan, apa lagi pegi kedai beli mainan la...masa tu kereta Matchbox dlm 70 sen-RM1 (skrg ni Matchbox @ Hotwheels dah RM5 / 6)...beli dua tiga buah, balance simpan utk belanja harian...makanan ringan paling saya suka masa kecik...kacang botak....satu mangkuk kecik 10 sen (mcm mangkuk org buat kuih lompang tu)..seronok terkenang zaman tu.

Seingat sayalah, paling besar saya dpt dari satu rumah...50 sen!..."Woi kawan2, rumah kt situ dpt 50 sen la!".....menderu geng yg lain2 beratur kt pagar rumah tu tunggu giliran...yg keluar bagi duit orang gajinya...gate berkunci...yg penting dpt duit, makan belakang kira. Paling rendah....5 sen...ok la tu..setengah mangkuk kacang botak!

...masa nilah paling seronok cium tangan dan ucap selamat hari raya!

...cium tangan pun lebih lama dari biasa, "Selamat Hari Raya..maaf zahir & batin!"

...cepat line up!

...dari cucu untuk nenek...

...pak sedara kepada anak sedara...

...abg sepupu kpd adik sepupu...

...sepupu senior minta jugak!

...dan yg paling hepi adalah anak2...kaya...kaya..

...yg besar panjang tapi masih study..dpt jugak...
Byk yg anak2 saya collect. Paling byk beberapa tahun lepas...range RM300-400 sorang...ekonomi baik masa tu...siap pakat 4 orang keluar RM150..beli PS2...tahun ni turun 30%. Nasib baik dah besar2 sikit..pandai sayang duit...simpan tk nk belanja....yang sengkek ayah & ibu jugak...tkpe lah yang penting ada utk diberi...


Wednesday, October 7, 2009

Images @ Bazar Ramadhan Kota Bharu

Salah satu tarikan semasa Ramadhan di Malaysia adalah
Bazar Ramadhan. Dari jam 2.00 ptg lagi, dapat dilihat
di tapak-tapak pasar malam atau kawasan lapang,
ramai peniaga-peniaga membuka gerai-gerai yang
menjual berbagai juadah untuk berbuka puasa.

Bazar seperti ini biasanya diselenggara pihak berkuasa
tempatan (majlis perbandaran atau pejabat daerah),
namun ada juga bazar anjuran kerajaan negeri atau syarikat
swasta.

Pada bulan Ramadhan juga dapat dilihat para peniaga
bermusim yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan.
Mereka berniaga untuk mengumpul untung untuk
perbelanjaan hari raya namun ramai juga yang berjaya
untuk untung besar.

Gambar2 dibawah saya ambil di Bazar Ramadhan
di Kota Bharu, Kelantan pada Ramadhan baru2 ini.


..ucapan Selamat Menyambut Ramadhan daripada
Kelantan Trade Centre...

...eemmm ayam golek!

...bunga api masih dijual walaupun diharamkan..


..berapa riyal nak?





...aktiviti yang lebih baik daripada merempit...



..ramai pengunjung...



...kerjasama membawa kejayaan...
...usahawan2 masa depan...