Kota Bharu – ibu negeri Kelantan. Dibuka dizaman pemerintahan Sultan Muhammad II pada 1844. Terletak berdekatan muara Sungai Kelantan. Ia menjadi pusat pemerintahan dan perniagaan negeri Kelantan. Sekitar 2005, kepadatan penduduk 425,294 orang. Bandaraya Islam yang masih didalam peringkat membangun sepadan dengan pembangunan ummah.
Kota Bharu juga merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan. 9 jajahan yang lain adalah Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang.
Pada 25 Julai 1991, Kota Bharu diisytiharkan sebagai “Kota Budaya” oleh kerana keunikan budaya rakyatnya, seterusnya sebagai “Kota Bharu Bandaraya Islam” pada 1 Oktober 2005. Salah satu tarikan pelawat ke Kota Bharu, selain shopping, adalah Gerbang Sultan Ismail...simbol sebuah bandaraya Islam.