Salah satu tarikan semasa Ramadhan di Malaysia adalah
Bazar Ramadhan. Dari jam 2.00 ptg lagi, dapat dilihat
ramai peniaga-peniaga membuka gerai-gerai yang
menjual berbagai juadah untuk berbuka puasa.
Bazar seperti ini biasanya diselenggara pihak berkuasa
tempatan (majlis perbandaran atau pejabat daerah),
namun ada juga bazar anjuran kerajaan negeri atau syarikat
swasta.
Pada bulan Ramadhan juga dapat dilihat para peniaga
bermusim yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan.
Mereka berniaga untuk mengumpul untung untuk
perbelanjaan hari raya namun ramai juga yang berjaya
untuk untung besar.
Gambar2 dibawah saya ambil di Bazar Ramadhan
di Kota Bharu, Kelantan pada Ramadhan baru2 ini.
..ucapan Selamat Menyambut Ramadhan daripada
Kelantan Trade Centre...
...eemmm ayam golek!
...bunga api masih dijual walaupun diharamkan..