Pantai Cahaya Bulan... salah satu pantai yg terkenal di negeri Kelantan. Ia terletak lbh kurang 10km dari Kota Bharu .....juga menjadi pantai pendaratan tentera Jepun semasa menyerang British pada 8 Disember 1941. Dulunya dinamakan Pantai Cinta Berahi, nama yg dikatakan diberi oleh seorang askar British pd zaman Perang Dunia II. Diceritakan askar tersebut telah menderita kerana cinta yg tk berbalas. Masih ada penduduk tempatan yg menggunakan nama lama ini ttp lebih suka merujuk sebagai PCB.
Persisiran pantainya sejauh 1.2 kilometer....terkenal kerana pantai yg panjang dan lebar (suatu masa dulu )...dgn pasir yang putih dan laut yg jernih. Deretan pokok ru dan kelapa menambahkan kecantikan pantai ini. Dgn itu, PCB telah menjadi tempat perkelahan yang popular di kalangan pelancung & penduduk tempatan, khususnya pd hujung minggu & cuti sekolah. PCB lengkap dgn kemudahan utk pengunjung, terdpt hotel, chalet, kawasan perkhemahan, kedai makan dan gerai, juga tandas awam.
Cuma yg terbaru, PCB mengalami hakisan yg teruk....pantainya makin sempit dan lautnya tk sesuai utk mandi-manda...tetapi suasana pantai ini mmg nyaman....
...bg pengunjung yg suka main layang2...byk design & warna yg ditawarkan dgn harga yg berpatutan...impot @ hasil buatan anak tempatan....
3 comments:
salam,
kami selalu ke sini bila keluarga sebelah husband datang buat rombongan, tido di chalet. Biasanya petang2 kami datang makan 'colek' dan anak lelaki saya main layang2
lagi satu yang saya tak miss beli adalah kelapa jelly- RM1 satu cup besar. Kt selangor ni pn ada tp harga RM1.20-RM1.50 untuk satu cup kecik
Salam..saya & famili pulak biasanya jln2, makan2 saja...sbb rumah in-law tk jauh (Jln Pgkl Chepa)...so tk pernah experience bermlm kt pantai ni..tapi sekrg ni makan tk murah mcm dulu..mahal sikit esp bila cuti sekolah...terliur lak dgr perkataan 'colek' tu...hehehe
hi..sy bahira dr kelantan..boleh tak nk share gambar2 kt post ni?? menarik dan cantik..
Post a Comment