Kali terakhir, 3 tahun yang lalu kami makan di sini ...Aroma Ikan Bakar di Pantai Jeram, Selangor ...berhampiran dengan Kg. Sungai Sembilang. Kalau tak silap restoran ini pernah disiar dalam suratkhabar.
Kami tinggal di daerah Segambut, jadi kami ambil jalan belakang (lama) ...Damansara-Sg Buloh-Paya Jaras-Kuang-Ijok-Bukit Rotan-Assam-Sungai Buluh ...jalannya ok ...tak sebaik lebuhraya tetapi yang pasti tiada tol ...pemanduan mengambil masa selama lebih kurang 1 jam @ 1 jam setengah, bergantung kepada keadaan lalu lintas dan kelajuan pemanduan anda...petang tu kami keluar dari rumah pada jam 6.00 ptg...perjalanan agak perlahan dan sesak dibeberapa lokasi tumpuan kerana terlalu banyak kenderaan, keadaan jalan...dan hujan lebat sebelum sampai di Ijok.
Hujan mencurah-curah turun..syukur kepada Ilahi ...cuaca lebih sejuk dan alam sekitar lebih bersih. Kami sampai di Aroma Ikan Bakar hampir jam 7.20..masuk waktu Maghrib ...surau yang disediakan pemilik restoran agak selesa keluasannya ...kalau berimam lepaslah 2 saf seramai 12 orang. Suasana di restoran riuh rendah ...full house...nasib baik Makcik Maznah kami dah booking meja. Selepas solat, saya cari meja yang telah di"reserved"kan untuk kami seramai 6 orang ...lepak dalam dlm 15 minit ...makanan sampai..wow!! cepatnya...rupanya makcik kami tu dah siap order apa yang nak makan ...seronok macam ni!

"Encik, kalau malam minggu kena booking satu minggu lebih awal. Kalau tidak, kena tunggu meja kosong", kata pelayan yang menghidangkan makanan. Memang betul. ramai yang datang tanpa tempahan meja terpaksa menunggu meja kosong. Tapi maklumlah, bila pengunjung datang bersama keluarga ...malam minggu pulak tu ...lama jugaklah penantiannya ..Ok lah ...tak payah cerita panjang ..makanan yang ditawarkan bermacam2 ...masakan Melayu ...dari ikan bakar hingga apa-apa sajalah ...sedap dan bergantung kepada selera/citarasa kita ...yang saya pasti, apa yang dipesan malam tu...habis kami makan!
..air surut...tak ada deruman ombak malam tu..
...jalan keluar masuk sesak...
4 comments:
yeah!
nasib baik baru pas makan~
takde la drool sangat2~
hahaha~
MEMANG DALAM PERANCANGAN NAK PERGI....TAPI TENGOK GAMBO EN. RAZIF LAGI TERUJAAAAAA. NAK TRY KALU SEDAP PAS NI X YAH DAH TALA PERGI BAGAN LALANG
Perhhhh... Air asam ker sambal belacan tuh? Menggoda!
Salam Zara, Hunny & Kak Azie, kalau korang dah biasa pegi pot ikan bakar kt tempat lain..Tangling ke, Port Klang ke, Bagan Lalang ke @ Umbai, mesti test Aroma..harganya OK..tengok dari crowd berbanding beberapa tahun lalu, mmg restoran ni happening...
Post a Comment