Pekan Kalumpang terletak di daerah Ulu Selangor berhampiran dengan Kuala Kubu Baru, Gedangsa, Ulu Bernam dan Tanjung Malim. Di sini terdapat beberapa estet dan kilang di sekitar pekan ini. Hampir 30 tahun kali terakhir saya lalu di pekan ini. Semasa tiba di Kalumpang, tiada banyak perubahan yang dilihat. Beberapa baris rumah kedai yang baru dan infrastuktur-infrasturktur yang lain telah dibangunkan. Secara asasnya, Kalumpang masih kekal seperti pekan kecil yang saya ingat. Tenang dari suasana hiruk pikuk bandar.
KRTC (Kalumpang Recreational and Training Centre), tempat yang kami pergi itu terletak di Kampung Pasir Puteh, Kalumpang. Kampung ini secara tradisinya dibuka sebagai kampung tersusun disebabkan penempatan semula penduduk dari Kampung Sungai Sabai semasa era pemerintahan Jepun.
Ramai penduduknya berketurunan Kerinci (kinchai) dengan bahasa kerinci sebagai bahasa pertuturan harian. Mereka bekerja sebagai pekebun kecil getah dan juga bertani secara kecil-kecilan. Generasi kedua masih tinggal disini dan mengusahakan tanah kebun mereka. Generasi ketiga, seperti kebanyakan penduduk kampung lain telah berhijrah ke bandar-bandar tetapi masih kerap pulang ke kampung.
Daya tarikan disini adalah kawasan hutan dan sungainya yang sejuk dan segar menjadi lokasi orang bandar beristirehat. Hampir sehari kami berkelah disini dan amat menenangkan. Dari imej2 dibawah mungkin anda bersetuju dgn saya...
Jalan masuk ke KRTC dari Kg Pasir Puteh sejauh 1km melalui kebun buah2an terutamanya durian...
...sempat singgah ambik shot pegang buah durian dipokok...yelah selalunya di KL dapat pegang yang dilonggok di pasar malam....syoknya
...menanti masa untuk gugur dan menjadi santapan yang istimewa
4 comments:
Bro... well done..particularly the air terjun..
...terima kasih Suhaimi!
so nice, best nyer...
en razif, nak duk kt chalet tu kena booking dulu ke tak?
Salam..
KRTC ada 2 parts...yg saya pergi ni kat bwh & main resort kena naik abt 1 km ke atas bukit..kereta boleh sampai, tkde problem, saya tengok ramai jugak dtg dgn kereta2 besar..dan di atas bnyk facilities...playground, kedai runcit dll...& for sure kena book especially musim cuti sekolah. You masuk website ni: http://www.kalumpangresort.com.my/
Post a Comment