Thursday, November 19, 2009

Images @ The Royale Chulan Kuala Lumpur_Part 2

The Royale Chulan ~ bagai sebuah istana zaman silam...dengan seni ukiran kayu tradisional Melayu yang menarik, kebanyakan pengukirnya dari negeri Terengganu...salah satu negeri yang memang terkenal dengan seni ukiran kayu.
Dari luar hotel ini, memang terserlah ketradisionalan rekabentuknya....di dalam?..memang menarik...lain daripada hotel2 yang pernah saya sampai...dengan ruang legar yang menarik, di tukar menjadi lapangan untuk acara keraian....







...air terjun buatan








Images @ The Royale Chulan Kuala Lumpur_Part 1




Bila dapat email yg saya kena pergi kursus "Ops Risk Certification"..rasa seronok pulak!

Lama jugak tk attend kursus...kali terakhir mungkin 4 tahun dulu. Tapi kali ni 2-day course...kursus pendek je...di The Royale Chulan Kuala Lumpur...hhmmm menarik..hotel 5 bintang terbaru di pusat bandaraya KL, berhampiran The Pavillion, Kompleks Kraf, Restoran Sri Melayu dan tak jauh dari KLCC juga pusat beli-belah Bukit Bintang...yang sebetulnya 20 minit berjalan dari ofis saya...hahaha

Yang menarik berkursus di hotel 5 bintang ni tentulah...tak lain tk bukan.."Makan sedap tak?" tanya pada geng yg kena pergi jugak. "Tak tau lah", jawabnya ringkas. Di Royale Chulan terdapat 2 "signature restaurant" :Bunga Emas...hidangan masakan Melayu terbaik dan L'Heritage...dgn sajian masakan Perancis kontemporari. Yang lainya, Deli Cafe...kopi, teh dan snek dan Lanai Lobby Lounge...high tea. 2 hari tersebut makan tengahari di Bunga Emas...setup yang menarik...dan makanannya tersusun cantik, rasa semua...memang sedap...terutamanya dessert, tengok pun dh terliur. Apa lagi, kalau dh kaki gambar tu, shoot dulu sebelum makan...senyum member2 yg lain...gambar dia orang saya tk ambik...sori la kawan2!














Tuesday, November 3, 2009

Images @ Kota Bharu_Gerbang Sultan Ismail

Kota Bharu – ibu negeri Kelantan. Dibuka dizaman pemerintahan Sultan Muhammad II pada 1844. Terletak berdekatan muara Sungai Kelantan. Ia menjadi pusat pemerintahan dan perniagaan negeri Kelantan. Sekitar 2005, kepadatan penduduk 425,294 orang. Bandaraya Islam yang masih didalam peringkat membangun sepadan dengan pembangunan ummah.

Kota Bharu juga merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan. 9 jajahan yang lain adalah Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang.

Pada 25 Julai 1991, Kota Bharu diisytiharkan sebagai “Kota Budaya” oleh kerana keunikan budaya rakyatnya, seterusnya sebagai “Kota Bharu Bandaraya Islam” pada 1 Oktober 2005. Salah satu tarikan pelawat ke Kota Bharu, selain shopping, adalah Gerbang Sultan Ismail...simbol sebuah bandaraya Islam.

Gerbang Sultan Ismail


Al-Quran sebagai lambang "Serambi Mekah"



...ukiran tradisional Kelantan

...berhampiran Masjid Muhammadi