Tuesday, March 16, 2010

Dia pastinya gila basikal....

sekalung tahniah buat pelumba negara, Anuar Manan....sprinter terbaik juga pelumba Asia terbaik...walaupun kayuhan bertenaganya bukan di dalam pasukan negara (baca: team yg wakili ginseng Korea), kita sebagai rakyat Malaysia...pasti berbangga kerana pencapaian anak tempatan ni ...bukan calang2 pencapaian nk capai...selepas hampir 15 tahun Le Tour de Langkawi (baca: walaupun Langkawi dh lama tk jadi route perlumbaan)..akhirnya impian orang2 yg memulakan tour tempatan (baca: punyai ranking dunia) ini telah mula membuahkan hasil....2/3 tahun lagi mungkin juara keseluruhan (baca: jersey kuning).

mungkin pelumba2 basikal pun mcm kami (baca: gila kamera)..pasti hari2 mereka pegang basikal, lap, gosok, pam2 (baca: tayar)...utk jadi pelumba2 basikal yg hebat...sudah tentu syaratnya = gila basikal!! betul tak?...hari2...yg pasti..kena tunggang basikal...berjam2 lamanya...beratus kilometer jauhnya...ber liter2 air diminumnya...ber liter2 jugalah menitik peluhnya.

perbuatan yg hampir mcm saya...mungkin dari segi konsepnya serupa...tapi yg pastinya belum ada satu pertandingan pun yg saya tandingi...sehingga hari ini...saya ingin mencuba dan merasa hebatnya pertandingan, walaupun tk menang apa2.

hari ahad, 7mac2010...sehari selepas perhimpunan blogger di rawang, saya dan kawan turun padang lagi di Jalan TAR...pertama kali ambik peluang tangkap pelumba2 basikal ni secara digital. Pelumba2 tu semua turun dr Genting Highlands dan dijangka sampai ke Jalan TAR jam 12.15 tgh hari. "Aku dh sampai kt Sogo ni", helo dr kawan saya...mak ai...lambat gila komuter ni (baca: 11.44 pagi kt stesyen Segambut)..pulak tu pertama kali jugak nk merasa naik komuter (baca: nak lari dr jam)...patutlah selama ni ramai komplen pasal servis lambt ni.

saya siap berdoa kpd Allah...biarlah sempat sampai di Jalan TAR. "Dah sampai belum?", saya helo pulak geng saya tu.."Belum!", lega sangat. Tren sampai 12.12 tgh hari...mak ai penuhnya...kami jelah penduduk asal dlm tren tu...mungkin 97% pendatang asing....mcm2 kaler, rupa dan bau2an...isteri saya tengok saya...sengeh jelah! (baca: mungkin yg pertama dan terakhir naik kot).

turun di Bank Negara...sampai kt bawah HO CIMB Bank...nampak kelibat konvoi kereta2 LTDL...jalan laju sikit. "Ayah, ibu tinggal kt belakang," kat anak pompuan saya tu.."Takpe, nnti ibu ikut",....kami berpecah kt bawah Sogo...saya dgn agenda saya...isteri dan anak2 dgn hobi mereka...naik ke Sogo.

lega sbb pelumba2 tu dijangka sampai lagi kurang 2 minit...dr speaker motor polis trafik mesejnya..pelumba2 depan (baca: leaders) dh sampai di Jalan Kepong...jangkaan tiba di Chow Kit/Jalan TAR....1 minit 22 saat...laju gila tu...sementara tunggu borak2 dgn brader trafik (baca: dari Trafik Johor)...dia pun kata mmg laju gila diorang kayuh..."Masa turun dr Genting (baca: turun gunung) tadi, risau saya, takut diorang langgar...kita naik motor kena brek...diorang tk brek langsung", cerita dia. "Laju ke bang?", "Lebih d 80km/jam jugak lah,"...mmg laju...kalau sorang jatuh....mesti patah riuk.

dari jadual KL Loop...ingatkan 1 pusing je...6 rupanya...lega sbb mujur tk sakit jantung masa kejar2 datang tadi...saya shoot semau boleh...berapa utk tatapan anda...







































...jangan lepaskan peluang anda tahun depan!


3 comments:

azieazah said...

Wowww!!!. sungguh lawo pic tu. Mahal tuu...

ibnu marzuki al firdaus said...

MESEJ INI TELAH DI 4WARD/CC KEPADA HAZREY, MAZIDUL, KADI & THE GENG:

WA KINI KOMEN KAT NAMEWEE PULAK GARA2 ORANG MELAYU SENDIRI ADA YANG SUKA TIKAM SESAMA BANGSA... Comment deleted

This post has been removed by a blog administrator (BAPAK GULA2)... SEBAB TUH AKU TAK SUKA JIKA DIDOA/LABEL meLAYU BERBANDING meNYEGAR YANG MANA MACAM DAH TIADA ISTILAH LAIN UNTUK DIGUNAKAN.

hunny_bunny said...

wahhh beh tu cik razif sebab sempat... siap cik hanif sekali...hubby n budak2 x sempat nak tgk dari area wangsa maju sbb sampai2 diorang dah lepas ke Dataran dari genting