Tuesday, November 3, 2009

Images @ Kota Bharu_Gerbang Sultan Ismail

Kota Bharu – ibu negeri Kelantan. Dibuka dizaman pemerintahan Sultan Muhammad II pada 1844. Terletak berdekatan muara Sungai Kelantan. Ia menjadi pusat pemerintahan dan perniagaan negeri Kelantan. Sekitar 2005, kepadatan penduduk 425,294 orang. Bandaraya Islam yang masih didalam peringkat membangun sepadan dengan pembangunan ummah.

Kota Bharu juga merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan. 9 jajahan yang lain adalah Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang.

Pada 25 Julai 1991, Kota Bharu diisytiharkan sebagai “Kota Budaya” oleh kerana keunikan budaya rakyatnya, seterusnya sebagai “Kota Bharu Bandaraya Islam” pada 1 Oktober 2005. Salah satu tarikan pelawat ke Kota Bharu, selain shopping, adalah Gerbang Sultan Ismail...simbol sebuah bandaraya Islam.

Gerbang Sultan Ismail


Al-Quran sebagai lambang "Serambi Mekah"



...ukiran tradisional Kelantan

...berhampiran Masjid Muhammadi

6 comments:

mohdsuhaimi19 said...

Salam Nice pic bro...rich in colours..

iDAN said...

Lamanya tak ke Kota Bharu Kelantan!, saya asyik ke Kota Bharu Perak sahaja!.

Rasanya gerbang ini paling akhir saya lawati mahulah sekitar 10 tahun lalu.

Raziff Lokman said...

iDAN...sekarang ni KB banyak binaan baru...hotel, shopping malls, trade centre dll...sgt berbeza drp 10 tahun lalu..baru2 ni jalan2 sekitar bandar di ubah menjadi sehala utk menampung kenderaan yg banyak, lebih2 lagi bila musim cuti..pasar Siti Khadijah pun sedang dlm proses upgrade..dh sampai masa awak pergi lagi ...lepas musim banjir nanti..

zeqzeq said...

assalam..

cerah sejuk, awan biru, latest ker ??

zeqzeq said...

Idan, pertumbuhan Tunjung juga sedang pesat, kiri kanan dulu tanah terbiar, kini sudah banyak tumbuh bangunan lot kedai.

Raziff Lokman said...

salam zeqzeq, saya shoot gmbr2 ni pada 29Aug2009 8.57am