Saturday, October 10, 2009

Images @ Taman Orkid Kuala Lumpur

Taman Orkid Kuala Lumpur
telah dibuka secara rasminya oleh Tun Dr. Siti Hasmah
Mohd Ali (pada masa itu bergelar Datin Seri) pada
15 April 1986. Kira-kira 800 species orkid ditanam
di taman ini.
Pagi tu...saya cuti, tak tahu nak pergi mana, teringatkan
taman orkid..dah lama jugak tak pergi...hhmmm lbh
kurang 15 tahun. Selalunya lalu atau singgah ke
taman burung (berdepan dgn taman ini)...lepas park
kereta, saya bayar utk masuk...sunyi...takde orang lain
(maklumlah hari kerja)...
Saya silap, di dalam kelihatan ada 1 geng photographer..
dlm 5/6 orang...nak tegur malu...maklumlah photographer
amatur mcm saya...pakai pulak dslr "entry level"...mereka
semua rata2 pakai "mid range" dan ke atas. Takpe lah...
saya tak tegur...meneruskan niat saya datang ke taman ini...
nak ambik gambar sepuas hati dan harap2 dapat yang
terbaik buat saya...
Taman ini memang dijaga dgn baik...bersih...orkid2 berkembang
segar...nasib saya baik dtg pagi ni...dkt 3 jam jugak saya
habiskan masa disini...
Beberapa imej yang saya ambil semasa melawati
taman tersebut...



...Orkid mmg flora yang mengagumkan...bentuk rupa dan warna yang amat menarik!





(...macam kepala penyu!)







...species pokok bunga lain juga ditanam di sini...














..lantunan air pancut

...dikolam ni lah paling lama saya menghabiskan masa..dgn
lebah2 yg berterbangan mencari madu...mcm tak puas ambik
gambar kt kolam ni....



3 jam yang saya habiskan di sini memang berbaloi. Seni taman
di sini sangat menarik dan bersih. Anda juga patut ke sini
jika tiada arah tujuan pada hujung minggu.....

2 comments:

Hakim Hamzah said...

Saudara Raziff, walaupun saudara mengaku amatur, namun, pada hemat saya, foto-foto saudara sungguh profesional di mata saya. Sertailah pertandingan ber-blog di www.blog4ft.com Saya fikir saudara berpeluang memenangi berbagai hadiah menarik yang disediakan. All the best!

Raziff Lokman said...

Saudara Hakim, terima kasih utk tips tersebut..