Saturday, July 25, 2009

Bukit Malawati, Kuala Selangor

Mengikut sejarah, Bukit Malawati ini pernah ditakluki oleh Belanda dari tangan Sultan Ibrahim (Julai 1784). Setahun kemudian pada 28 Januari 1785, Sultan Ibrahim dengan bantuan adindanya, Dato' Penggawa Permatang Mahabijaya (Penggawa Tua) dan Bendahara Adb. Majid Pahang, telah menghalau Belanda dalam tempoh satu malam sahaja. Serangan yang bermula selepas waktu Isyak itu telah berjaya menawan bukit ini sebelum fajar subuh menyinsing.Di atas Bukit Malawati terdapat beberapa buah rumah pegawai-pegawai tinggi kerajaan, sebuah rumah rehat, rumah api dan kesan-kesan sejarah.
Dan yang paling menarik adalah penduduk tetap bukit ini...primat, selain taman alamnya yang cantik...gambar2 semasa lawatan....


.....melepak

......dalam keadaan berjaga2 (on guard)...hehehe


..masyarakat...bersosial (community)

...salah satu peninggalan penjajah

....anaknya yang berwarna keemasan...sedang menyusu

...gaya rambut yang menjadi ikutan anak2 muda skrg


...rumah api


.....pokok2 bakau di taman alam...mungkin berusia puluhan/ratusan
tahun...dan yang menariknya warna hidupan dalam
kolam...kehijauan

...akuarium ikan air tawar...macam2 jenis


....a pose

....tunggu train

2 comments:

iDAN said...

Saya baru sahaja ke sini sayangnya ketika itu hari hampir maghrib, maka tak dapat naik keretapi. Dibenarkan naik berkereta ke bukitnya; memang teringin nak lihat mawas yang hitam legam ini... tapi mungkin telah mula berkumpul untuk tidur. Tak jumpa.

Selalunya saya pulang ke Perak ikut lebuh raya jadi jarang dapat singgah di Bukit Malawati ini.

Raziff Lokman said...

Awak memang kena pergi sekali lagi..mungkin waktu awal petang..

Seronok jugak tengok aksi2 orang menjerit dan lari sbb takutkan mawas..kalau kita memegang bungkus makanan di tangan, mungkin kena ragut dengan mawas2 tu..

Keretapi bukit tu sekarang lebih baru dan laju! Macam naik roller coaster pulak...drebar tu naik semangat bila penumpang2nya menjerit masa conering..siap buat pusingan nombor 8 kat parking taman alam..